CEC Rusia umumkan pemilihan Putin sebagai Presiden Rusia

Vladimir Putin
Vladimir Putin
A
A
A

MOSCOW - Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Rusia (CEC) telah menerima pakai satu resolusi mengenai keputusan Pilihan Raya Presiden dan mengumumkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin dipilih sebagai presiden, lapor Sputnik yang memetik Ketua CEC Ella Pamfilova pada Khamis.

"Draf resolusi Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat mengenai keputusan Pilihan Raya Presiden dalam Persekutuan Rusia dijadualkan pada 17 Mac 2024 ... diterima oleh kesemua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat secara sebulat suara.

"Vladimir Vladimirovich Putin dipilih sebagai Presiden Persekutuan Rusia,” kata Pamfilova selepas menandatangani protokol mengenai keputusan Pilihan Raya Presiden Rusia. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: