Lai Ching-te menang Pilihan Raya Presiden Taiwan

Ching-te berdepan saingan tiga penjuru dengan Hou Yu-ih dari Kuomintang (KMT) dan Ko Wen-je dari Parti Rakyat Taiwan. - AP Photo/Jorge Saenz
Ching-te berdepan saingan tiga penjuru dengan Hou Yu-ih dari Kuomintang (KMT) dan Ko Wen-je dari Parti Rakyat Taiwan. - AP Photo/Jorge Saenz
A
A
A

TAIPEI - Lai Ching-te daripada Parti Progresif Demokratik (DPP) telah memenangi Pilihan Raya Presiden Taiwan.

Ching-te, yang merupakan penyandang naib presiden, berdepan saingan tiga penjuru dengan Hou Yu-ih daripada Kuomintang (KMT) dan Ko Wen-je daripada Parti Rakyat Taiwan.

Yu-ih mengaku kalah dan mengucapkan tahniah kepada Ching-te atas kemenangannya.

Beliau juga memohon maaf kepada penyokong KMT kerana tidak dapat menjatuhkan DPP.

Pengundi juga memilih ahli Parlimen untuk badan perundangan Taiwan yang mempunyai 113 kerusi dalam pilihan raya yang diawasi dengan rapi oleh China dan Amerika Syarikat.

Keputusan itu pastinya diteliti Beijing mahupun Washington, yang merupakan rakan tentera utama pulau tersebut, ketika dua kuasa besar itu bergelut untuk memperluaskan pengaruh secara strategik di rantau penting terbabit.

Menjelang pilihan raya, China berulang kali mengecam Ching-te sebagai pemisah yang berbahaya dan menolak untuk mengadakan perbincangan.

Ching-te berkata, beliau komited untuk memelihara keamanan di seluruh Taiwan, dan terus meningkatkan pertahanan pulau itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: