Ernie Zakri semakin bersinar di Indonesia

Ernie terharu apabila lagu Masing Masing menerima sambutan positif di Indonesia.
Ernie terharu apabila lagu Masing Masing menerima sambutan positif di Indonesia.
A
A
A

PENYANYI bersuara lunak, Ernie Zakri menjadi artis Malaysia pertama tercalon di anugerah berprestij Indonesia iaitu SCTV Music Awards.

Ernie tercalon dalam tiga kategori menerusi gandingannya bersama pemuzik terkenal, Ade Govinda dalam lagu Masing Masing.

Kategori itu terdiri daripada Kolaborasi Paling Ngetop, Video Klip Paling Ngetop dan Lagu Pop Paling Ngetop.

Ernie yang juga pemenang Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 2022 berkata, dia bersyukur dan bangga kerana lagu Masing Masing diterima baik peminat di Indonesia.

"Sungguh menggembirakan melihatnya bergema dengan pendengar di sana. Terima kasih Indonesia, kerana menerima Masing-Masing dan menjadikannya melonjak di carta radio anda," katanya.

Ernie dan Ade tercalon dalam tiga kategori di SCTV Music Awards.
Ernie dan Ade tercalon dalam tiga kategori di SCTV Music Awards.

Bagi Ade Govinda, kolaborasi bersama Ernie satu pengalaman yang cukup manis dan hebat.

"Saya juga mewakili MyMusic Records sangat gembira mendengar khabar lagu karya saya berjudul Masing Masing yang dinyanyikan indah oleh Ernie Zakri berjaya menduduki tempat pertama di kebanyakan carta radio Indonesia dan Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Semoga kolaborasi ini boleh membawa penyanyi lain juga untuk bekerjasama antara dua negara dengan hasil yang membanggakan juga. Terima kasih pendengar Indonesia dan Malaysia yang sudah menikmati lagu Masing Masing," ujarnya.

Lebih membanggakan juga apabila lagu Masing Masing, lagu kolaborasi antara Universal Music Malaysia dan MyMusic Records yang digubah dan ditulis oleh Ade bersama Nabila V menduduki tangga teratas carta stesen radio di kedua-dua negara, iaitu GEN98.7 FM Jakarta di Indonesia serta Best FM dan Era FM di Malaysia.

Lagu Masing Masing juga dipilih sebagai pembuka cerita kepada album perdana miliknya, yang juga single pertama memperkenalkan Aura.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28