Penyanyi rap Lil Jon peluk Islam

PENYANYI rap, DJ dan penerbit muzik terkenal, Lil Jon atau nama sebenar Jonathan H Smith telah memeluk agama Islam.
Dalam rakaman video yang tular di media sosial, Lil Jon, 52, dilihat melafazkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris pada Jumaat di sebuah masjid di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Menurut portal berita Turki Daily Sabah, penyanyi rap itu mengumumkan keputusannya itu di hadapan jemaah yang besar.
Lil Jon, yang mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram, berkongsi berita gembira itu melalui aplikasi media sosial berkenaan pada Ahad.
Penyanyi itu terkenal melalui beberapa lagu dan kolaborasi dengan artis lain termasuk Yeah oleh Usher yang turut memaparkan Ludacris.
Beberapa selebriti dan personaliti terkenal dilaporkan telah memeluk agama Islam dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada minggu pertama Ramadan, saintis sel stem terkemuka, Henry Larson dilihat melafazkan kalimah syahadah dalam satu video tular di media sosial.
Selain itu aktivis terkenal, Shaun King mendapat perhatian media antarabangsa atas keputusannya memeluk agama Islam pada bulan Ramadan tahun ini. - Awani
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Syed Saddiq hantar kad jemputan kahwin kepada Tun M, sempat minta petua rumah tangga
11 September 2026 11:09pmJakim teliti drama Madu atau Racun, Cela
11 September 2026 07:44pm'Penjara bagi saya tempat yang teruk, sangat kotor, ganas dan hina' - Yasin Sulaiman
10 September 2026 04:49pm'Saya hilang harapan' - Yasin kongsi detik terendah dalam hidup di sebalik tirai besi
10 September 2026 12:55pm[VIDEO] Farid Abu Auliya didakwa miliki gambar bogel, video lucah
11 September 2026 02:10pmWanita warga Malaysia maut dipukul di Australia, dipercayai mangsa keganasan rumah tangga
11 September 2026 06:17pmMayat bayi ditemukan dalam lokar asrama pelajar perempuan
11 September 2026 04:53pmCerun runtuh, trafik sesak hingga 15km di Terowong Menora - Ipoh
11 September 2026 06:55pm- Iklan -- Iklan -
