Langgar suspek samun, polis tahan dua lelaki bantu siasatan

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut dilanggar dengan kereta oleh mangsa yang cuba disamun di hadapan sebuah farmasi di Kuala Kedah pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kedua-dua lelaki terbabit ditahan secara berasingan di Mergong dan Jitra pada hari kejadian.

Katanya, mereka ditahan reman selama enam hari bermula Rabu hingga Isnin ini untuk siasatan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

"Mangsa yang menyebabkan kematian suspek turut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan direman empat hari sehingga Sabtu," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Dalam kejadian pada Selasa jam 6.39 pagi itu, mangsa memecut kereta dipandunya akibat ketakutan selepas cermin kereta hadapannya pecah akibat dipukul salah seorang suspek yang cuba menyamun.

Ketika cubaan melepaskan diri, mangsa melanggar salah sebuah motosikal suspek yang cuba menghalang keretanya di hadapan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: