Jerman terlepas khidmat Manuel Neuer

Manuel Neuer. Foto Agensi
Manuel Neuer. Foto Agensi
A
A
A

GERGASI dunia, Jerman akan beraksi tanpa kudrat Manuel Neuer untuk perlawanan persahabatan selepas penjaga gol itu mengalami ketegangan pada otot kirinya ketika berlatih bersama pasukan kebangsaan, kata kelabnya Bayern Munich.

Tempoh masa untuk kepulangan semula kapten Bayern berusia 37 tahun itu masih belum dimaklumkan pihak Bundesliga atau pasukan kebangsaan Jerman.

Sebagai rekod, Jerman kendalian Julian Nagelsmann akan menentang Perancis di Parc Olympique Lyonnais, Lyon pada 24 Mac.

Pada 27 Mac, angkatan Nagelsmann akan menerima kunjungan Belanda di Frankfurt bagi satu lagi perlawanan persahabatan.

Sebagai rekod, Bayern, 10 mata di belakang pendahulu Bayer Leverkusen dalam liga utama Jerman, melayan saingan Borussia Dortmund di Allianz Arena pada 31 Mac.

Kemudian anak buah Thomas Tuchel akan mengadakan kunjungan ke Voith-Arena bagi aksi berdepan Heidenheim pada 6 April.

Bayern akan bertandang ke Stadium Emirates bagi berdepan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara pada 10 April.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: