Lanun Somalia hubungi pemilik kapal kargo Bangladesh dirampas

Kapal MV Abdullah dirampas dalam perjalanan ke Pelabuhan al Hamriyah di Emiriah Arab Bersatu. - Agensi
Kapal MV Abdullah dirampas dalam perjalanan ke Pelabuhan al Hamriyah di Emiriah Arab Bersatu. - Agensi
A
A
A

DHAKA - Lanun Somalia yang disyaki merampas kapal berbendera Bangladesh MV Abdullah telah menghubungi pemilik kapal itu buat kali pertama, kata seorang pegawai di sini.

Panggilan itu dibuat kira-kira seminggu selepas kapal kargo berkenaan dirampas di Lautan Hindi pada 12 Mac manakala kesemua 23 kru dijadikan tebusan.

Kapal itu dimiliki oleh SR Shipping Limited, anak syarikat kumpulan KSRM Bangladesh.

Jurucakap Kumpulan KSRM, Mizanul Islam pada Rabu berkata, lanun telah menghubungi mereka melalui pihak ketiga tanpa sebarang tuntutan wang tebusan, lapor Xinhua.

Beliau berkata, tuntutan tebusan mungkin akan dibuat semasa perbincangan akan datang sekiranya ada.

MV Abdullah ketika kejadian sedang berlayar dari Pelabuhan Maputo di Mozambique ke Pelabuhan Al Hamriyah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan mengangkut 58,000 tan arang batu. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: