Beri makan percuma, seronok lihat orang lain gembira

Suasana di Rumah Makan Percuma.
Suasana di Rumah Makan Percuma.
A
A
A

SHAH ALAM - Tidak sanggup melihat orang sekeliling berlapar telah mendorong seorang bekas kerani akaun, Mazlina Kamarudin untuk memberi makanan secara percuma kepada orang ramai bagi berkongsi rezeki bersama-sama.

Beliau yang juga pengasas Rumah Makan Percuma (RMP) merangkap Pengarah Urusrmpan Bismi Empire berkata, ia terbuka kepada 550 orang yang hadir setiap hari kecuali Sabtu tanpa mengira status, agama atau bangsa seseorang individu.

Mazlina
Mazlina

Menurutnya, beliau berazam untuk memberi manfaat kepada orang ramai selepas melihat kegigihan bapanya yang banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan.

"Ini adalah kegembiraan saya yang paling utama (beri makan percuma) kerana sejak kecil saya telah disemai oleh arwah bapa untuk melakukan kebaikan dan saya memang berniat nak bagi manfaat kepada orang ramai.

"Saya seronok apabila tengok orang lain gembira dapat makan bersama-sama kerana bukan semua orang mampu yang mana kalau kita pergi kedai makan pun mesti RM5 atau RM6 bagi setiap lauk dan mungkin lebih.

"Malah ada juga segelintir yang hadir ini bukan tidak berkemampuan tetapi ingin makan beramai-ramai kerana seronok dengan suasana begitu. Saya alu-alukan sahaja kedatangan mereka," katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mazlina turut berharap agar inisiatif tersebut dapat dijadikan contoh kepada usahawan lain supaya ia boleh diperluaskan lagi.

Artikel Berkaitan:

"Kadang-kadang kita merasakan diri sudah cukup susah tetapi sebenarnya ramai lagi yang susah daripada kita, jadi apa salahnya kita bantu antara satu sama lain.

"Harta itu sebenarnya ujian buat diri kita juga dan diibaratkan seperti sungai yang mengalir.

"Saya harap lebih banyak usahawan mengambil pendekatan ini kerana saya rasa beri barangan keperluan seperti beras, minyak masak dan sebagainya belum cukup memadai disebabkan mereka perlu memasaknya sendiri setiap hari," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28