167 pegawai, anggota PDRM dikenakan tindakan tatatertib

Azri
Azri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 167 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dikenakan hukuman tatatertib sejak dua bulan lalu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, daripada jumlah itu seramai sembilan pegawai dan anggota PDRM telah dikenakan tindakan buang kerja.

"Dalam tempoh sama, seramai 117 pegawai dan anggota polis telah dikenakan tindakan amaran, denda (27), lucut hak emolumen (12), seorang dikenakan tindakan tangguh pergerakan gaji dan seorang lagi turun gaji," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Mengulas lanjut, Azri berkata, seramai 632 pegawai dan anggota dikenakan tindakan tahan kerja manakala 143 anggota dan pegawai pula telah digantung kerja.

"Seramai 74 pegawai kanan polis dan 558 pegawai rendah polis dikenakan tindakan tahan kerja.

"Manakala seramai 17 pegawai kanan polis dan 126 pegawai rendah polis dikenakan tindakan gantung kerja," katanya.

Azri berkata, statistik tahan kerja dan gantung kerja itu adalah statistik terkini yang berakhir pada 29 Februari lalu.

"Ia bukan data untuk tahun ini sahaja dan akan berubah apabila seorang pegawai itu diambil semula bekerja atau kesnya berakhir dengan tindakan buang kerja. Data tersebut sentiasa berubah dan tidak statik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, data hukuman tatatertib itu pula menunjukkan bahawa ketegasan dalam mengambil tindakan terhadap salah laku warga PDRM bukanlah retorik semata-mata.

"Kesalahan pelanggaran undang-undang oleh warga PDRM akan disiasat malahan akan dituduh mengikut peruntukan akta yang telah ditetapkan.

"JIPS menjalankan siasatan tatatertib selari yang boleh berakhir dengan hukuman buang kerja atau turun pangkat dan sebagainya bergantung kepada severity of the cases (keterukan kes)," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28