Harimau Malaya sudah kaji habis Oman

Pan-gon
Pan-gon
A
A
A

PASUKAN bola sepak negara telah mengkaji setiap karakter pemain Oman yang akan ditentang dalam perlawanan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat, awal pagi Jumaat.

Malah, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon percaya kehadiran ketua jurulatih baharu Oman, Jaroslav Silhavy juga tidak menjejaskan tumpuan pendahulu Kumpulan D tersebut berdepan Samba Al-Khaleej.

Tegas pengendali kelahiran Korea Selatan itu juga bukan penghalang buat Harimau Malaya biarpun mengakui walaupun sukar untuk meramalkan pendekatan taktikal pasukan Oman susulan perubahan tersebut.

"Kami sebenarnya telah banyak mengkaji perlawanan mereka sebelum ini sehingga Piala Asia, kami sangat yakin mengetahui semua elemen pasukan Oman.

"Ya, kami juga tahu jurulatih baharu Oman baru tiba dan kami tidak mempunyai banyak maklumat, tetapi kami akan mencuba terbaik dapat semua ciri-ciri gaya permainannya.

"Kami tahu semua ciri pemain individu, saya fikir dalam 10 minit bermain dalam permainan, kami boleh mengetahui elemennya," katanya dalam sidang akhbar di Oman, malam ini.

Pada masa sama, Pan-gon mengakui kedudukan Harimau Malaya di tangga teratas Kumpulan D turut memberi tonik tambahan untuk bersaing menentang negara Timur Tengah itu.

Biarpun begitu, Pan-gon mengingatkan pemain-pemainnya tidak seharusnya mengambil mudah kerana Oman mempunyai rangkaian jentera serangan berintensiti tinggi.

Artikel Berkaitan:

"Kami mesti kekal di tangga teratas, dan mesti sedar kami masih belum menewaskan Oman lagi, dua perlawanan ini amat penting. Kami tahu Oman sebuah pasukan secara tradisi yang kuat dalam menyerang, kami mesti menghormati Oman sepenuhnya," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28