Keputusan Pilpres: Ganjar dahulukan solat tarawih

Ganjar juga percaya berlaku penipuan undi pada pemilihan kali ini. - Foto: Agensi
Ganjar juga percaya berlaku penipuan undi pada pemilihan kali ini. - Foto: Agensi
A
A
A

JAKARTA - Calon presiden (Capres) No. Siri Tiga, Ganjar Pranowo memilih untuk menunaikan solat tarawih ketika Komisi Pemilihan Umum (KPU) mahu mengumumkan pemenang Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2024).

KPU dijadualkan mengumumkan keputusan kiraan undi Pilihan Raya Legislatif (Pileg) dan Pilpres pada jam 8 malam (waktu tempatan) pada Rabu ketika banyak pihak mula mempersoalkan ketelusan proses pengundian pada kali ini.

Terdahulu, Ganjar meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama pasukan sukarelawan di Posko Teuku Umar 9, Menteng di Jakarta Pusat.

Calon mewakili Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) itu berkata, beliau akan menerima apa jua keputusan diumumkan KPU, namun pihaknya akan tetap memfailkan tuntutan undang-undang kepada Mahkamah Konstitusi.

Berdasarkan data yang dikumpulkan, pasangan calon (Paslon) Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka memperoleh 96,303,691 undi manakala Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar (40,971,726 undi) dan Ganjar-Mahfud MD (27,041,508). - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: