90,000 jemaah Palestin solat tarawih di Al-Aqsa walaupun dihalang Israel

Seramai 90,000 umat Islam Palestin menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, pada Jumaat. Foto X@mxyaslytherin
Seramai 90,000 umat Islam Palestin menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, pada Jumaat. Foto X@mxyaslytherin
A
A
A

BAITULMAQDIS - Seramai 90,000 umat Islam Palestin menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, pada Jumaat walaupun berdepan sekatan Israel.

Solat tarawih merupakan ibadah sunat yang khusus dilakukan pada bulan Ramadan yang mulia bagi umat Islam.

Meurut Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis, jumlah jemaah itu menunaikan solat berkenaan pada malam keenam Ramadan di Palestin.

Agensi berita rasmi Palestin, WAFA pula melaporkan, jumlah tersebut merupakan jemaah terbesar yang pernah menghadiri solat di Masjid Al-Aqsa dalam beberapa bulan ini.

Saksi memberitahu Anadolu, tentera-tentera Zionis dikerahkan di pintu masuk menuju ke masjid dan menghalang berpuluh-puluh pemuda daripada memasuki masjid tersebut.

Bagaimanapun, jumlah sebenar jemaah dihalang memasuki Masjid Al-Aqsa tidak pula disebut.

jumlah jemaah itu menunaikan solat berkenaan pada malam keenam Ramadan di Palestin. Foto X@mxyaslytherin
jumlah jemaah itu menunaikan solat berkenaan pada malam keenam Ramadan di Palestin. Foto X@mxyaslytherin

Israel menyekat jemaah Palestin daripada masuk ke Masjid Al-Aqsa di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di seluruh Tebing Barat yang diduduki akibat serangan berterusan tentera Israel di Genting Gaza berikutan serangan rentas sempadan 7 Oktober oleh kumpulan Palestin, Hamas, yang mengorbankan lebih 31,000 orang.

Artikel Berkaitan:

Masjid Al-Aqsa merupakan tempat ketiga paling suci di dunia untuk umat Islam.

Orang Yahudi memanggil kawasan itu sebagai Gunung Kuil, mendakwa ia adalah tapak dua kuil Yahudi pada zaman dahulu.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur iaitu lokasi Al-Aqsasemasa Perang Arab-Israel 1967.

Ia menggabungkan seluruh bandar pada 1980 dalam satu langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. - Agensi/Awani