Sila log masuk terlebih dahulu.

Belum habis qada solat, sahkah solat sunat, terutama Tarawih?

20 Mac 2024 | Video Shorts
A
A
A
Apakah orang berhutang boleh bersedekah? Ini disebabkan bersedekah hukumnya sunat, tetapi membayar hutang adalah wajib.

Bagaimanapun menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, jika berpegang kepada teori ini, maka selama-lamanya orang berhutang tidak boleh bersedekah.

Mengambil contoh ini, Dr Zulkifli berkata, mereka yang masih belum habis qada solat boleh membuat solat sunat, namun perlu berpandukan kepada satu aturan.

Beliau berkata demikian dalam program Sembang Ramadan Tanya Je Ustaz! pada Rabu.

#SembangRamadan #SinarHarian #DrZulkifliAlBakri #Ramadan