Sila log masuk terlebih dahulu.

Bagaimana dengan pahala puasa jika tidak solat?

20 Mac 2024 | Video Shorts
A
A
A
Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda, ikatan-ikatan Islam itu ada tiga iaitu syahadah, solat dan puasa dan sesiapa yang meninggalkan salah satu daripadanya, dianggap telah merungkai ikatan tersebut.

Tambahnya, Dr Yusuf Qaradawi dalam Fatawa Muasirah juga menyebut, perbuatan meninggalkan solat akan menggerhanakan pahala puasa.

Beliau berkata demikian dalam program Sembang Ramadan Tanya Je Ustaz! pada Rabu.

#SembangRamadan #SinarHarian #DrZulkifliAlBakri #Ramadan