Sila log masuk terlebih dahulu.

Kapasiti 7 ribu, mohon 104 ribu

03 Januari 2024 | Video Shorts
A
A
A
Perlu ada penyelarasan antara Bahagian Pendidikan Menengah MARA dengan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh agar tidak berlaku ‘persaingan’ dalam menawarkan tempat kepada pelajar terbaik dari seluruh negara.

Ujar Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, hakikatnya kedua-dua institusi ini sama-sama membawa agenda nasional untuk membangunkan anak bangsa, justeru penyelarasan dari segi peperiksaan misalnya agar tidak terlalu berbeza tetap wajar dipertimbangkan.

Tambahnya, pada tahun ini permohonan untuk memasuki MRSM melebihi 104,000 walaupun kapasiti kemasukan ke Tingkatan 1 institusi itu hanya kira-kira 7,000 tempat manakala Tingkatan 4 sekitar 1,000 tempat sahaja.

Beliau berkata demikian dalam program Wacana Sinar edisi 426 bertajuk “MRSM UNTUK B40 SAHAJA?” di semua platform digital Sinar Harian.

UNTUK VIDEO PENUH:

YOUTUBE: https://www.youtube.com/watch?v=qgU8Ns0taQI

FACEBOOK: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/925373059172999/

TWITTER: https://twitter.com/SinarOnline/status/1742162065866002714

PORTAL: https://www.sinarharian.com.my/article/642348/video/wacana-sinar-mrsm-untuk-b40-sahaja

#WacanaSinar #SinarHarian #SinarTerkini