X

Kindly register in order to view this article
!

100,000 kanak-kanak di Sabah bakal terima vaksin polio

Gambar hiasan
A
A

SUNGAI SIPUT - Lebih 100,000 kanak-kanak di Sabah termasuk mereka yang bukan warganegara berusia 5 tahun ke bawah akan menerima imunisasi daripada Kementerian Kesihatan dalam usaha menghentikan penularan virus polio.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, tumpuan sama perlu diberikan kepada kanak-kanak yang dilahirkan tanpa dokumen berikutan isu pendatang yang tinggi di negeri itu.

Menurutnya, berdasarkan kes terbaru polio yang direkodkan di negeri itu, didapati kedua-dua kanak-kanak terbabit bukan warganegara dan tidak pernah menerima vaksin polio.

"Mengikut data yang kita ada, tahap pelalian kanak-kanak warga Malaysia di Sabah melebihi 95 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN: Sabah tumpu tiga kawasan perhebat imunisasi polio

"Oleh kerana negeri itu ada masalah pendatang asing khususnya mereka yang tiada dokumen dari Filipina, jadi ramai kalangan mereka tidak menerima pelalian polio.

"Atas sebab itu kita akan memberi pelalian untuk semua kanak-kanak di Sabah tak kira mereka warganegara atau yang tiada dokumen," katanya kepada pemberita hari ini.

Boon Chye ketika ditemui media hari ini.
Boon Chye ketika ditemui media hari ini.

Semalam, dua lagi kanak-kanak di Sabah masing-masing berusia lapan dan 11 tahun dijangkiti virus polio, selepas kes pertama membabitkan bayi berusia tiga bulan yang dilaporkan bulan lalu.

Dua kanak-kanak bukan warganegara itu masing-masing menetap di Sandakan dan Kinabatangan disahkan positif virus itu berdasarkan ujian Makmal Polio Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Australia semalam.

Kes terbaharu itu menjadikan tiga kes polio dilaporkan di Sabah dengan ujian turut mendapati virus yang menjangkiti ketiga-tiga kes mempunyai kaitan genetik dengan kes polio di Filipina.

Mengulas lanjut, Boon Chye berkata, pelaksanaan imunisasi polio itu akan dilakukan secepat mungkin memandangkan bekalan vaksin mula diperolehi bermula minggu ini.

"Kita telah usahakan untuk dapatkan bekalan dan kementerian akan meneruskan kerjasama dengan WHO dan kerajaan Filipina bagi memastikan virus polio ini dapat dikawal," katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Gopeng itu merasmikan Majlis Angkat Sumpah dan Jamuan Makan Malam Jawatankuasa Lembaga Pengelola Sekolah Shing Chung 2020-2022 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Shing Chung di sini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!