Gelombang haba landa Perlis dua hari berturut-turut

Amaran gelombang haba atau tahap dua berlaku apabila suhu maksimum harian mencecah 37 hingga 40 darjah Celcius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut di sesuatu kawasan. Gambar Bernama
Amaran gelombang haba atau tahap dua berlaku apabila suhu maksimum harian mencecah 37 hingga 40 darjah Celcius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut di sesuatu kawasan. Gambar Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Seluruh Perlis mencatatkan amaran tahap dua atau dikategorikan gelombang haba setakat jam 4.30 petang pada Rabu.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran itu juga menyaksikan negeri berkenaan berdepan dengan gelombang itu untuk dua hari berturut-turut sejak Selasa.

Berdasarkan laman sesawang tersebut, 17 kawasan lain direkodkan berada di tahap satu atau tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian sehingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Kawasan terlibat ialah Batu Pahat, Johor, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Sik, Kota Setar, Pendang, Langkawi, Baling, Kulim dan Kuala Muda) dan Perak (Kinta, Hulu Perak dan Kuala Kangsar).

Selain itu di Pulau Pinang (Timur Laut dan Seberang Prai Utara) dan Sepang, Selangor.

Kemas kini status cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia setakat jam 4.30 petang pada Rabu.
Kemas kini status cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia setakat jam 4.30 petang pada Rabu.

Pada Selasa, MetMalaysia mengeluarkan amaran gelombang haba di Perlis dan Pokok Sena, Kedah dengan ramalan suhu boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius.

Amaran gelombang haba atau tahap dua berlaku apabila suhu maksimum harian mencecah 37 hingga 40 darjah Celcius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut di sesuatu kawasan.

Artikel Berkaitan:

Manakala, suhu panas tahap berjaga-jaga pula dikategorikan apabila suhu maksimum harian sesuatu kawasan itu mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

MetMalaysia sebelum ini dilapor menjangkakan negara mengalami cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan berikutan ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama susulan fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan hingga penghujung Mac ini.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, dalam tempoh itu, litupan awan dan taburan hujan kelazimannya adalah kurang di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28