[VIDEO] 'Minta maaf, lain kali tak buat dah'

A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pengemis bertongkat membuka langkah seribu dalam cubaan meloloskan diri ketika diserbu pihak berkuasa pada Operasi Bersepadu Ramadan Siri 1 di Jalan Kebun Sultan, di sini pada Rabu.

Lelaki berusia 36 tahun itu melarikan diri sambil memegang tongkat sejauh 150 meter dari tempat dia duduk untuk meminta sedekah di sebuah bank di kawasan itu pada jam 10.30 pagi.

Dia bagaimanapun berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan kira-kira 10 minit dan mengakui baru sahaja tiba di lokasi itu dengan menaiki kereta sewa dari tempat tinggalnya di Kubang Kerian selain merayu supaya dilepaskan.

“Aku minta maaf! Lain kali aku tak buat dah!

“Tok sey (tak mahu), aku tok sey gi, aku selesai sini sudahlah, tolonglah,” rayunya.

Usaha memujuk dilakukan pihak berkuasa.
Usaha memujuk dilakukan pihak berkuasa.

Dakwa lelaki itu, dia menggunakan tongkat untuk berjalan kerana mengalami kemalangan jalan raya dalam tempoh sudah lama dulu dan hanya boleh boleh berjalan secara perlahan-lahan.

“Saya dah lama kemalangan dan boleh berjalan perlahan-perlahan menggunakan tongkat.

Artikel Berkaitan:

“Kadang-kadang sahaja saya datang, biasa tak datang dan tak duduk sini, baru hari ini saja,” kata lelaki itu yang akhir terpaksa diusung menaiki trak pihak berkuasa.

Operasi disertai Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Jabatan Imigresen Malaysia Kelantan dan Polis Diraja Malaysia.

Operasi melibatkan dua pasukan yang melakukan serbuan di sekitar pusat bandar dan Kubang Kerian.

Pemeriksaan pihak berkuasa menemukan sejumlah wang tunai.
Pemeriksaan pihak berkuasa menemukan sejumlah wang tunai.

Sepanjang tiga jam operasi dijalankan, seramai empat pengemis berjaya ditahan termasuk seorang lelaki warga Thailand berusia 84 tahun di laluan pejalan kaki di Bazar Buloh Kubu, di sini.

Warga emas dari Narathiwat tersebut memberitahu masuk ke negara ini sejak seminggu lalu dengan menggunakan pas sempadan dipercayai untuk mengemis dengan bermodalkan minyak urut.

"Saya ada lima botol minyak urut yang setiapnya dijual dengan harga RM15.

“Bagaimanapun, ramai yang simpati memberikan duit walaupun tidak membeli minyak urut ini,” katanya.

Pemeriksaan di dalam beg yang dibawa lelaki itu turut menjumpai sejumlah wang tunai dalam kepingan RM1 dan RM5.

Seorang lelaki yang diusung ke kenderaan pihak berkuasa.
Seorang lelaki yang diusung ke kenderaan pihak berkuasa.