Rakyat Kelantan tidak pernah dipinggirkan daripada program Kerajaan Madani

Rakyat Kelantan tidak pernah dipinggirkan daripada program Kerajaan Madani
Rakyat Kelantan tidak pernah dipinggirkan daripada program Kerajaan Madani
A
A
A

JELI - Rakyat Kelantan tidak pernah dipinggirkan dari pelbagai aspek termasuklah yang melibatkan program dijalankan di bawah kepimpinan Kerajaan Madani yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, mesej itu jelas disampaikan ketika lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke negeri itu baru-baru.

"Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah jelas menyatakan rakyat di negeri ini khususnya di kawasan luar bandar tidak akan dipinggirkan dari pelbagai aspek.

"Beliau (Ahmad Zahid) meminta agensi di bawah KKDW (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) memberi tumpuan dan membantu masyarakat luar bandar melalui program menambah pendapatan seperti keusahawanan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sama ada rakyat Kelantan ada dilibatkan dengan program Kerajaan Madani di negeri itu selepas Majlis Berbuka Puasa UMNO Bahagian Jeli di Kompleks UMNO Jeli di sini semalam.

Ahmad Jazlan merangkap Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan berkata, Kelantan tidak ditinggalkan dalam pelbagai program Kerajaan Madani.

"Walaupun Kelantan ini berlainan parti yang memimpin tetapi di bawah kepimpinan beliau (Ahmad Zahid) sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menteri beliau tidak meminggirkan rakyat negeri ini," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: