Empat lelaki belasah pelajar dicekup

Rakaman video tular memaparkan sekumpulan lelaki memukul dua pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah, di sini, pada Khamis lalu.
Rakaman video tular memaparkan sekumpulan lelaki memukul dua pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah, di sini, pada Khamis lalu.
A
A
A

KAJANG - Seramai empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan pelajar di hadapan sebuah sekolah di sini, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan itu pada jam 3.04 petang.

"Dalam kejadian tersebut dua pelajar sekolah telah diserang oleh sekumpulan 10 lelaki dengan menggunakan paip Polyvinyl Chloride (PVC) dan batang besi sehingga mencederakan mangsa sebelum kesemua suspek melarikan diri menaiki dua buah kenderaan.

"Kedua-dua mangsa berusia 16 dan 17 tahun yang cedera di kepala dan badan telah menerima rawatan di Hospital Kajang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Zaid berkata, kejadian itu turut tular di laman sosial Facebook yang memaparkan aksi pergaduhan selepas tamat sesi persekolahan pagi.

"Video berdurasi 16 saat itu menerima pelbagai reaksi dan komen dari pengguna laman sosial," katanya.

Beliau berkata, susulan daripada laporan yang diterima, polis menahan empat lelaki berusia 18 hingga 21 tahun di Ampang pada Isnin.

"Kita masih memburu beberapa lagi individu, punca kejadian masih dalam siasatan. Kesemua suspekn ditahan reman sehingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut, boleh tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Mu'az Mazlan di talian 0179788804," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Empat lelaki belasah pelajar dicekup #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Jenayah #Pukul #Belasah #Pelajar #Polis

Earned It (Fifty Shades Of Grey) - A Tribute to The Weeknd - Saxtribution