Ibnor Riza ditidurkan untuk jalani pembedahan di kepala

Pada 19 Februari lalu, Ibnor dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Port Dickson selepas pengsan di rumah. - Gambar fail
Pada 19 Februari lalu, Ibnor dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Port Dickson selepas pengsan di rumah. - Gambar fail
A
A
A

PENYANYI era 80-an, Ibnor Riza ditidurkan bagi membolehkan pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan cecair di kepalanya.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh penyanyi Nizam Laksamana menerusi perkongsian pada Facebook (FB), pada Sabtu malam.

Nizam memberitahu, isteri Ibnor memaklumkan bahawa suaminya menjalani pembedahan pada jam 9 malam tadi.

"Kawan-kawan yang dikasihi. Saudara kita, Ibnor Riza ditidurkan bagi tujuan pembedahan di kepala. Ini dibuat bagi mengeluarkan air yang ada di kepala di mana ia beri tekanan dan kesakitan yang amat," katanya.

Nizam juga memohon peminat dan rakan-rakan Ibnor mendoakan kesejahteraan kepada penyanyi itu.

"Mohon jasa baik kawan-kawan doakan akan keafiatan, kekuatan dan semoga pembedahan nanti tiada sebarang kesukaran.

"Mudah-mudahan doa kawan-kawan ALLAH perkenan dan makbulkan. Ya ALLAH, berikanlah kekuatan kepada saudara kami ini untuk melalui masa yang sangat menyulitkan ini.

"Kasihanilah dia Ya ALLAH," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada 19 Februari lalu, Ibnor yang popular dengan lagu Meneka Dalam Kesamaran dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Port Dickson selepas pengsan di rumah.

Sebelum itu, Ibnor diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, tahap kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain yang teruk

Setakat ini, Ibnor yang turut popular dengan lagu Berdiri Seorang Perindu dan Mimpi Yang Tak Sudah dilaporkan sudah melalui proses kemoterapi sebanyak sembilan kali. - Awani