Wooi Yik akui Fajar-Rian beraksi lebih baik

Dari kiri: Wooi Yik, Aaron, Rian dan Fajar selepas Kejuaraan Badminton Seluruh England di Utilita Arena, Birmingham pada Ahad. Foto: AFP
Dari kiri: Wooi Yik, Aaron, Rian dan Fajar selepas Kejuaraan Badminton Seluruh England di Utilita Arena, Birmingham pada Ahad. Foto: AFP
A
A
A

BEREGU lelaki negara, Soh Wooi Yik-Aaron Chia mengakui mereka terperangkap dengan disiplin tinggi pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto yang muncul juara Seluruh England lewat malam Ahad.

Biarpun beberapa kali menukar taktikal permainan, namun Wooi Yik mengakui, pukulan balas berkualiti lawan menyukarkan mereka.

Situasi itu menyaksikan mereka tewas straight set 16-21, 16-21 pada aksi final dalam masa 44 minit di Utilita Arena, Birmingham.

“Kami cuba menukar kepada beberapa taktikal, supaya lebih selesa bermain corak yang kami mahukan.

“Tetapi service receiving mereka amat berkualiti dan itu membuatkan kami tidak selesa,” ujar Wooi Yik kepada BWF sejurus selepas tamat perlawanan akhir tersebut.

Beliau berkata, meskipun bekerja keras pada set kedua, Fajar-Rian tetap konsisten dan akhirnya gandingan nombor tujuh dunia itu berjaya mempertahan kejuaraan edisi lalu.

Dalam pada itu, Aaron turut mengakui pasangan lawan terlalu ampuh meskipun cuba kekal dengan corak permainan mereka.

“Kami bermain dengan corak kami dengan baik, cuma ia tidak menjadi.

Artikel Berkaitan:

“Apapun saya tetap gembira dengan prestasi kami sepanjang minggu ini dan pasti akan mengembalikan momentum ini,” ujar Aaron.

Saingan Seluruh England menjadi pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik pada musim ini apabila menjadi final pertama mereka.

Pencapaian mereka sebelum ini adalah sekadar ke separuh akhir Terbuka India dan suku akhir Terbuka Malaysia serta Terbuka Perancis.

Mereka akan kembali ke tanah air untuk memperkemas permainan sebelum saingan Sukan Olimpik Paris bermula Julai hingga Ogos depan.

INFO

PENCAPAIAN AARON CHIA-SOH WOOI YIK DI SIRI JELAJAH DUNIA PERSEKUTUAN BADMINTON DUNIA (BWF) 2024

TERBUKA MALAYSIA

Suku Akhir

Tewas kepada Seo Seung-jae-Kang Min-hyuk (Korea Selatan), 21-16, 18-21, 13-21

TERBUKA INDIA

Separuh Akhir

Tewas kepada Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy (India), 18-21, 14-21

TERBUKA PERANCIS

Suku Akhir

Tewas kepada Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae (Korea Selatan), 19-21, 16-21

SELURUH ENGLAND

Final

Tewas kepada Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (Indonesia), 21-16, 21-16

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28