Nissan 370Z Coupe terbabas 'hentam' Myvi

Keadaan kereta Nissan yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun dalam kejadian tersebut. Foto ihsan PDRM
Keadaan kereta Nissan yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun dalam kejadian tersebut. Foto ihsan PDRM
A
A
A

BENTONG - Dua buah kereta terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.9 Jalan Genting Highlands di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 pagi itu, kemalangan melibatkan sebuah kereta model Nissan 370Z Coupe dan Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Nissan dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 39 tahun dari Goh Tong Jaya melalui jalan naik ke Genting.

Menurutnya, apabila tiba di selekoh kiri, kereta terbabit hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan serta melanggar bahagian hadapan sebelah kanan Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun.

"Kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius dan kita memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian ini tampil untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, sebuah klip video tular berdurasi 42 saat dimuat naik di laman Facebook, Nitro OBD2 Original Malaysia memaparkan suara seorang lelaki memarahi lelaki lain dipercayai pemandu Nissan terbabit.

"Lu sudah lumba, lu langgar kereta member gua, tak ada sorry, sorry," ujar lelaki terbabit.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Nissan 370Z Coupe terbabas 'hentam' Myvi #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Kemalangan #JalanRaya #GentingHighlands #Myvi

Tourner Dans Le Vide - (Andrew Tate Theme Song) By Shashikant Gupta - Shashikant Gupta

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!