Dua maut, kereta berpusing hilang kawalan


Dua kenderaan bertembung menyebabkan dua mangsa maut dalam kemalangan pada Sabtu.
Dua kenderaan bertembung menyebabkan dua mangsa maut dalam kemalangan pada Sabtu.
A
A
A

BALING - Dua maut dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan di Kampung Baru Ketemba, Jalan Baru Kulim- Grik, di sini pada Sabtu.

Mangsa yang maut merupakan pemandu kereta Proton Persona, Mohammad Syawal Mohd Sukri, 29, dan penumpang kereta Perodua Kancil, Rokiah Kassim, 59, dari Kampung Becah Sawa, Siong.

Mohammad Syawal meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital manakala Rokiah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kejadian jam 5.20 petang itu berlaku apabila kereta yang dipandu Mohammad Syawal yang turut dinaiki isteri, ibu, adik dan anaknya dalam perjalanan dari Jeli, Kelantan hendak pulang ke rumahnya di Sidam.

Kedua-dua kenderaan bertembung dalam kemalangan di Kampung Baru Ketemba, Baling.
Kedua-dua kenderaan bertembung dalam kemalangan di Kampung Baru Ketemba, Baling.

Beliau berkata, kereta yang dinaiki Rokiah bersama anak lelakinya, Mohd Fawwaz Faizal, 28, pula dari Kulim menghala ke rumah mereka di Kampung Becah Sawa.

"Namun, kereta Perodua Kancil dipandu Mohd Fawwaz yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh bahagian hadapan sebelah kanan kereta Proton Persona dipandu Mohammad Syawal.

Artikel Berkaitan:


Keadaan Perodua Kancil remuk selepas terlibat kemalangan.
Keadaan Perodua Kancil remuk selepas terlibat kemalangan.

"Impak kemalangan itu, kereta Perodua Kancil telah berpusing beberapa kali sebelum terbabas ke bahu jalan," katanya.

Shamsudin berkata, akibat daripada kemalangan itu, Rokiah yang berada di tempat duduk penumpang hadapan mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat kedua-dua mangsa yang maut kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Sementara itu menurut Shamsudin, Nor Afiqah Johari, 27, yang juga isteri kepada Muhammad Syawal mengalami patah kaki kiri manakala ibunya, Noor Milia Khidil, 54, cedera pada badan.

Dua lagi penumpang, Ahmad Wafiy Mohd Sukri, 18, dan anak mangsa, Aisyah Mohamad Syawal (umur belum diperolehi) tidak cedera.

Dalam pada itu, katanya, Mohd Fawwaz mengalami cedera di muka.

“Siasatan polis mendapati, ketika kejadian Mohd Fawwaz dipercayai baru menjemput ibunya pulang bekerja di sebuah kilang di Kulim," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.