Warga asing bawa tong oksigen minta sedekah

Warga asing yang tular meminta sedekah dengan bermodalkan sebuah tong oksigen ditemani seorang kanak-kanak.
Warga asing yang tular meminta sedekah dengan bermodalkan sebuah tong oksigen ditemani seorang kanak-kanak.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengemis dipercayai warga asing dikesan menggunakan pelbagai taktik meraih simpati orang ramai bagi memperoleh pendapatan dengan cara mudah.

Terbaharu, tular gambar seorang individu bermodalkan tong silinder oksigen dan memakai topeng silikon kononnya mengidap penyakit lelah dengan ditemani seorang kanak-kanak meminta sedekah

Menerusi gambar yang dikongsi di laman Facebook Warga Wilayah, kedua-dua individu terbabit didakwa meminta sedekah di bazar Ramadan Sungai Besi.

"Lain macam Rohingya mengemis tahun ini, siap bawa tong oksigen. Lokasi bazar Ramadan Sungai Besi," tulis pengguna media sosial di grup Facebook Warga Wilayah.

Setakat berita ini ditulis, perkongsian gambar itu sudah mendapat lebih 1,400 tanda suka (likes) serta 239 perkongsian semula.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengharapkan pihak berkuasa untuk turun padang bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap warga asing terbabit yang dilihat semakin berleluasa.

Seorang pengguna laman sosial, Amazul Shahril Amin meminta agar jabatan berkaitan tidak menunggu untuk mengambil tindakan terhadap isu berkenaan.

Seorang lagi pengguna laman sosial, Shidah Ab Rashid pula mendedahkan, pernah melihat dua individu terbabit di lokasi lain sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya nampak mereka berdua turun MRT di kawasan Sentral minggu lepas," tulisnya.

Perkara sama turut dikongsi, Yusniza Mohd Yusof yang pernah melihat kelibat dua individu itu di hadapan sebuah pasaraya di Puncak Jalil manakala Mie Rhaa ll pula mendakwa pernah melihat mereka di Subang Perdana.

Sehubungan itu, netizen berharap tindakan tegas dikenakan terhadap dua individu terbabit dan warga asing lain yang menjalankan kegiatan sama sepanjang Ramadan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!