Pengguna di Klang, Kuala Selangor berdepan gangguan bekalan air

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Pengguna di Klang dan Kuala Selangor berdepan gangguan bekalan air dan tekanan rendah susulan beberapa kolam-kolam utama mengalami penyusutan air terawat.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Halem Mat Som berkata, penyusutan air tersebut berlaku berikutan daripada gangguan bekalan kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1, 2 dan 3.

Beliau berkata, keadaan itu telah menyebabkan henti tugas loji-loji terlibat pada jam 11.10 pagi tadi.

"Bagaimanapun, bekalan tenaga elektrik telah pulih dan loji-loji mula beroperasi semula pada jam 1.30 petang tadi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Halem berkata, Air Selangor sedang melakukan segala usaha bagi mempercepatkan proses pemulihan di kawasan-kawasan terjejas.

Katanya, mana-mana pihak yang ingin mendapatkan perkembangan terkini berhubung gangguan ini boleh terus rujuk aplikasi telefon pintar Air Selangor atau platform media sosial rasmi agensi itu.

SENARAI KAWASAN TERLIBAT GANGGUAN BEKALAN AIR DAN TEKANAN RENDAH:

KLANG

Artikel Berkaitan:

Kapar

Teluk Gong

Meru

Pulau Indah

Sebahagian Klang

Pulau Ketam

KUALA SELANGOR

Bandar Baru Kuala Selangor

Pekan Kuala Selangor

Sungai Buloh Jeram

Bukit Cherakah

Seluruh Bukit Kerayong

Sungai Janggut

Bukit Hijau

Seluruh Ijok

Tambak Jawa

Bukit Kuching

Seluruh Sungai Sembilang

UiTM Puncak Alam

Parit Mahang