53 hari dirawat di IJN, Tun M dibenarkan pulang hari ini

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Setelah 53 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang pada Isnin.

Perkara itu disahkan oleh pegawai beliau dalam satu kenyataan.

"Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara pada jam 11.30 pagi hari ini.

"Dr Mahathir telah dimasukkan ke IJN pada 26 Januari 2024, untuk rawatan jangkitan dan untuk pemerhatian," katanya pada Isnin.

Sebelum ini Dr Mahathir dilapor masih menjalani proses pemulihan akibat jangkitan.

Beliau hanya akan dibenarkan keluar sekiranya IJN berpuas hati dengan tahap pemulihan jangkitan yang dialami.



Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Lebih 20 hari dirawat di IJN, Tun M dibenarkan pulang hari ini #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Mahathir #IJN #Rawatan #Kesihatan

Happy (Originally performed by Pharrell Williams) - Instrumental Version - StudiOke