Pemuda Pas Pahang agih RM103,000 'bonus' raya

Mohd Zarimi (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan hari raya untuk guru dan kakitangan institusi pendidikan kelolaan Pemuda Pas Pahang dalam satu majlis ringkas di sini pada Ahad.
Mohd Zarimi (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan hari raya untuk guru dan kakitangan institusi pendidikan kelolaan Pemuda Pas Pahang dalam satu majlis ringkas di sini pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Pemuda Pas Pahang memperuntukan lebih RM103,000 untuk sumbangan duit dan kuih raya kepada guru dan kakitangan semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Ketua Pemuda Pas Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih berkata, seramai 1,285 guru dan kakitangan akan menikmati sumbangan hari raya itu.

Menurutnya, ia merangkumi guru dan kakitangan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (Sriti), Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (Smiti) dan Maahad Tahfiz Al-Istiqamah (MTIS).

"Alhamdulillah sumbangan bagi tahun kedua yang kita usahakan ini sebagai 'bonus' bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti semua guru-guru institusi pendidikan di bawah Pemuda Pas Pahang.

"Sumbangan mereka cukup besar kerana sentiasa berkorban dan bertungkus-lumus mencurahkan bakti demi pendidikan Islam kepada pelajar," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Mohd Zarimi sebelum itu hadir menyempurnakan majlis penyerahan duit dan kuih raya selepas mesyuarat Exco Pemuda Pas Pahang di dewan Pra Tahfiz Sriti Indera sempurna di sini pada Ahad.

Beliau berkata, sumbangan tidak seberapa sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dari Pemuda Pas Pahang itu diharap dapat membantu meringankan beban mereka untuk menjalani Ramadan dan persiapan Aidilfitri nanti.

"Terima kasih kepada semua penyumbang dan ibubapa yang sentiasa menyokong serta memberikan kepercayaan kepada institusi pendidikan di bawah kami.

Artikel Berkaitan:

"Pemuda Pas Pahang akan terus berusaha mencari dana bagi menguruskan dan menambah baik kualiti institusi pendidikan yang ada," katanya.

Jelas beliau, terdapat 246 institusi pendidikan di bawah Pemuda Pas Pahang terdiri Pasti (230),Sriti (14) Smiti (1) dan MTIS (1).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!