Penunggang motosikal maut kemalangan dengan lori

Gara-gara gagal memotong sebuah lori, seorang penunggang motosikal maut terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat, Jalan Persiaran Tanjung, Tampoi di sini pada Ahad.
Gara-gara gagal memotong sebuah lori, seorang penunggang motosikal maut terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat, Jalan Persiaran Tanjung, Tampoi di sini pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Gara-gara gagal memotong sebuah lori, seorang penunggang motosikal maut terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat, Jalan Persiaran Tanjung, Tampoi di sini pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Ego Solariz ditunggangi lelaki warga tempatan berusia 33 tahun dari arah Taman Cempaka itu hilang kawalan lalu terlanggar bahagian sisi sebelah kiri sebuah lori jenis Hino.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika lori berkenaan membelok ke kiri setelah memberikan isyarat untuk masuk ke Jalan Persiaran Selasih.

“Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Pemandu lori berusia 56 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada lewat malam Ahad.

Kemalangan tersebut disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu dan membahayakan.

Dalam masa sama, polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan supaya menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat iaitu Inspektor Samsol Faizal Ibrahim di talian 012-7777501.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: