Domino’s Infaq Kasih dan Piza galak bantu golongan memerlukan

Menerusi sajian Infaq Kasih dan Piza, Domino’s membolehkan pelanggan membuat pembelian pukal 10 piza saiz regular pada harga hanya RM145 untuk 20 orang (10 kotak) sambil menikmati diskaun sehingga 60 peratus.
Menerusi sajian Infaq Kasih dan Piza, Domino’s membolehkan pelanggan membuat pembelian pukal 10 piza saiz regular pada harga hanya RM145 untuk 20 orang (10 kotak) sambil menikmati diskaun sehingga 60 peratus.
A
A
A

DOMINO'S Pizza Malaysia melancarkan kempen Domino’s Infaq Kasih dan Piza di seluruh negara bermula 12 Mac hingga 17 Jun 2024 bagi menggalakkan rakyat Malaysia membuat kebaikan dengan membantu mereka yang memerlukan pada bulan Ramadan dan Syawal.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, Shamsul Amree berkata, kempen tersebut menawarkan cara yang bermakna untuk menyebarkan kebaikan, terutamanya pada bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya akan datang.

Katanya, pelanggan diberi pilihan sama ada ingin menyumbang kepada pertubuhan amal, anggota barisan hadapan, golongan kurang bernasib baik, atau orang tersayang.

“Kempen Domino’s Infaq Kasih dan Piza ini adalah penting kerana ia selaras dengan nilai teras kami untuk menyumbang kembali kepada komuniti.

Domino's Pizza Malaysia melancarkan kempen Domino’s Infaq Kasih dan Piza di seluruh negara bermula 12 Mac hingga 17 Jun 2024
Domino's Pizza Malaysia melancarkan kempen Domino’s Infaq Kasih dan Piza di seluruh negara bermula 12 Mac hingga 17 Jun 2024

“Sebagai jenama yang telah lama bertapak di Malaysia, kami percaya ia menjadi tanggungjawab dalam memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mencipta perubahan positif dalam komuniti,” ujarnya dalam kenyataan.

Tambahnya, diharapkan kempen itu dapat mencetuskan kesan ‘domino’ yang mana akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukannya.

“Dengan caj penghantaran percuma kepada mana-mana penerima sumbangan pilihan mereka, inisiatif kami membolehkan orang ramai membuat kebaikan tanpa sebarang kerumitan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Shamsul, pihaknya juga akan membalas budi pelanggan yang mengambil bahagian dalam Infaq Kasih dan Piza melalui nilai serta penjimatan yang tiada tandingan.

“Untuk membuat pesanan, pelanggan hanya perlu memasukkan alamat penerima yang bakal menerima sajian Infaq Kasih dan Piza serta memilih cawangan Domino’s terdekat supaya abang dan kakak Domino’s boleh menghantar pesanan ke lokasi tersebut secara percuma.

Kempen Domino’s Infaq Kasih dan Piza di seluruh negara bermula 12 Mac hingga 17 Jun 2024 bagi menggalakkan rakyat Malaysia membuat kebaikan.
Kempen Domino’s Infaq Kasih dan Piza di seluruh negara bermula 12 Mac hingga 17 Jun 2024 bagi menggalakkan rakyat Malaysia membuat kebaikan.

“Menerusi sajian Infaq Kasih dan Piza, Domino’s membolehkan pelanggan membuat pembelian pukal 10 piza saiz regular pada harga hanya RM145 untuk 20 orang (10 kotak) sambil menikmati diskaun sehingga 60 peratus atau penjimatan kira-kira RM214. Sememangnya berbaloi dengan harga piza yang mampu milik iaitu RM7.25 seorang,” ujarnya.

Katanya, mulai 12 Mac hingga 17 Jun 2024, pelanggan yang mahu membeli dan menyumbang mana-mana hidangan Infaq Kasih dan Piza boleh membuat pesanan dan pembayaran menerusi https://www.dominos.com.my/ atau menerusi aplikasi mudah alih Domino’s.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28