Final Christie-Ginting imbau memori Hariyanto-Ardy

Christie (kiri), Ginting tentukan juara Seluruh England 2024. Foto Agensi
Christie (kiri), Ginting tentukan juara Seluruh England 2024. Foto Agensi
A
A
A

INDONESIA memastikan gelaran perseorangan lelaki yang pertama dalam tempoh 30 tahun - selepas Jonatan Christie dan Anthony Sinisuka Ginting menyambar slot perlawanan akhir Kejuaraan Badminton Seluruh England 2024 Super 1000 di Utilita Arena Birmingham, England.

Christie berstatus nombor sembilan dunia mara ke perlawanan akhir selepas mengakhiri cabaran naib juara edisi 2022 dari India, Lakshya Sen 21-12, 10-21, 21-15 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung selama 68 minit.

Penyingkiran Lakshya berstatus nombor 18 dunia turut menamatkan kempen India di England selepas kecundangnya perseorangan wanita, PV Sindhu dan Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy (beregu lelaki).

Sementara itu, Ginting berstatus nombor lima dunia mara selepas mengatasi jagoan Perancis, Christo Popov dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Ginting yang tewas 19-21 set pertama kepada lawan nombor 24 dunia itu tampil menyerlah dua set berikutnya untuk kemenangan 21-5, 21-11 dalam masa 74 minit.

Sebagai rekod, Hariyanto Arbi merupakan pemain Indonesia terakhir memenangi gelaran perseorangan pada edisi 1994 selepas menewaskan Ardy Wiranata, 15-12, 17-14 dalam perlawanan akhir.


INFO

Juara Seluruh England 1994

Artikel Berkaitan:

Perseorangan Lelaki

Hariyanto Arbi (Indonesia) tewaskan Ardy Wiranata (Indonesia), 15–12, 17–14

Perseorangan Wanita

Susi Susanti (Indonesia) tewaskan Ye Zhaoying (China), 11–5, 11–9.

Beregu Lelaki

Rudy Gunawan- Bambang Suprianto (Indonesia) tewaskan Ricky Subagja- Rexy Mainaky (Indonesia),15–12, 15–12

Beregu Wanita

Chung So-young-Gil Young-ah (Korea Selatan) tewaskan Jang Hye-ock-Shim Eun-jung (Korea Selatan), 7–15, 15–8, 15–4.

Beregu Campuran

Nick Ponting-Joanne Wright (England) tewaskan Chris Hunt- Gillian Clark (England), 15–10, 15–11.

Juara Seluruh England 2023

Perseorangan Lelaki

Li Shifeng (China)

Perseorangan Wanita

An Se-young (Korea Selatan)

Beregu Lelaki

Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (Indonesia)

Beregu Wanita

Kim So-yeong-Kong Hee-yong (Korea Selatan)

Beregu Campuran

Zheng Siwei-Huang Yaqiong (China)

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28