Nidzam Jamil sah pengendali baharu Selangor FC

Nidzam Jamil. Foto Selangor FC
Nidzam Jamil. Foto Selangor FC
A
A
A

SELANGOR FC mengumumkan penolong jurulatih, Nidzam Jamil dinaikkan pangkat sebagai pengendali pasukan Gergasi Merah untuk saingan liga musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, pemilihan Nidzam dibuat secara menyeluruh mengambil kira pengalamannya selain dia memahami dengan baik hala tuju pasukan itu.

“Kami telah membuat penilaian secara terperinci dan kolektif serta melihat keupayaan ditunjukkan oleh Nidzam semasa beliau berkhidmat sebagai penolong ketua jurulatih untuk musim-musim sebelum ini.

"Nidzam mempunyai pengalaman luas dalam kancah bola sepak Malaysia, memahami budaya dan hala tuju kelab serta amat mengenali pemain Selangor. Bagi kami, beliau adalah insan yang tepat untuk mengisi kekosongan ini dan mengetuai cabaran SFC bagi musim 2024/2025.”

Sebelum ini, Selangor FC mengumumkan kejutan apabila mengesahkan kelab itu dan pengendali, Tan Cheng Hoe mencapai persetujuan bersama untuk penamatan kontrak berkuat kuasa serta-merta.

Cheng Hoe yang mengemudi pasukan gergasi Lembah Klang itu sejak 2022 meninggalkan Selangor FC bagi menggalas tugas sebagai ketua jurulatih di kelab Thailand, Police Tero.

Dalam pada itu, Selangor FC mengharapkan Nidzam dapat menyerlahkan kepakarannya mengemudi pasukan sekali gus membawa pasukan berjaya dalam kancah domestik dan juga di Asia.

"Semoga dengan pelantikan serta kepercayaan ini, Nidzam Jamil dapat membuktikan keupayaan beliau sebagail ketua jurulatih yang disegani di Malaysia dan juga di pentas Asia bersama Selangor FC," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!