Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC

Cheng Hoe
Cheng Hoe
A
A
A

SELANGOR FC mengumumkan kejutan apabila mengesahkan kelab itu dan pengendali, Tan Cheng Hoe mencapai persetujuan bersama untuk penamatan kontrak berkuat kuasa serta-merta.

Menerusi kenyataan kelab itu pada Rabu, Cheng Hoe meninggalkan Selangor FC bagi menggalas tugas sebagai ketua jurulatih di sebuah kelab di Thailand.

"Selangor FC juga telah menerima bayaran pampasan berdasarkan kontrak beliau.

Sejak dilantik pada September 2022," kata kenyataan itu.

Cheng Hoe telah membantu Selangor FC menjadi Naib Juara Piala Malaysia 2022 dan Liga Super 2023, sekaligus memastikan Selangor FC layak secara automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) untuk musim 2024/2025.

"Selangor FC ingin berterima kasih kepada Tan Cheng Hoe atas usaha dan sumbangan beliau untuk Kelab ini dan mengucapkan selamat maju jaya pada masa hadapan.

"Nidzam Jamil kini dilantik sebagai ketua jurulatih sementara (interim) dan pada masa yang sama, pihak pengurusan Kelab akan menjalankan proses pemilihan terperinci bagi melantik ketua jurulatih yang baharu," kata kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan: