Pneumonia: Kematian pertama akibat koronavirus di Wuhan

No Image Caption
A
A
A

BEIJING - Bandar Wuhan di China mencatatkan kematian pertama akibat pneumonia yang disebabkan koronavirus, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan dikeluarkan Jabatan Kesihatan bandar itu hari ini.

"Sebanyak 41 kes jangkitan akibat koronavirus dikesan. Dua lagi pesakit dibenarkan keluar hospital, tujuh lagi berada dalam keadaan kritikal, seorang maut sementara yang lain stabil.

"Kira-kira 740 orang termasuk 419 doktor diletakkan di bawah pemantauan kerana mempunyai hubungan secara langsung dengan pesakit," kata jabatan itu.

Pihak berkuasa tempatan di Wuhan pada Ahad mengesahkan bandar itu dilanda wabak pneumonia dan puncanya belum dapat dipastikan.

Kelmarin, media China melaporkan wabak itu disebabkan oleh koronavirus iaitu sejenis kumpulan virus baharu. - Bernama

Artikel Berkaitan: