Abdul Halim dilantik Ahli Dewan Negara

Abdul Halim
Abdul Halim
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman dilantik sebagai Ahli Dewan Negara yang diputuskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Khamis.

Pemilihan Abdul Halim yang juga Ketua UMNO Bahagian Tebrau, itu dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

"Saya mohon membawa rundingan dan mencadangkan supaya Datuk Abdul Halim dipilih oleh dewan ini menjadi Ahli Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun.

"Abdul Halim berusia 61 tahun. Beliau pernah menjadi ADUN selama dua penggal mulai 2004 hingga 2013. Selain itu, beliau juga pernah bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri antara tahun 2014 hingga 2018.

"Beliau kini merupakan Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara ( Kejora), Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia dan Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Johor," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Halim melahirkan rasa syukur di atas lantikan itu yang disifatkan sebagai tanggungjawab besar kepadanya untuk membawa suara kerajaan negeri ke Dewan Negara.

"Saya tidak sangka dilantik kerana difahamkan kerajaan negeri ada mencalonkan beberapa lagi calon.

"Lantikan ini merupakan tanggungjawab yang perlu saya pikul dengan lebih baik untuk menyampaikan hasrat Johor di dalam Dewan Negara," katanya.

Artikel Berkaitan: