Rusia anggap Islamofobia 'satu bentuk rasisme yang tidak boleh diterima'

Maria Vladimirovna Zakharova. - Foto Getty Images
Maria Vladimirovna Zakharova. - Foto Getty Images
A
A
A

MOSCOW - Rusia menganggap Islamofobia 'satu bentuk rasisme yang tidak boleh diterima', kata jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova pada Rabu.

Bercakap pada sidang media di Moscow, Zakharova berkata, Rusia bersama-sama bersolidariti dengan pendekatan negara Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam isu berkenaan.

"Kami menentang diskriminasi dan gangguan terhadap umat Islam atas alasan fahaman agama dan juga untuk memastikan kebebasan beragama berdasarkan penghormatan bukan sahaja kepada individu tetapi juga hak kolektif penganut," katanya, menurut Agensi Anadolu.

Zakharova berikrar sokongan Rusia terhadap draf resolusi negara-negara Islam di Perhimpunan Agung PBB bertajuk 'Langkah-langkah Memerangi Islamofobia' khusus untuk Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia, yang disambut setiap tahun pada 15 Mac.

Resolusi itu menetapkan penghormatan terhadap Islam sebagai komponen prinsip kepelbagaian budaya dan agama serta menetapkan penubuhan mandat Duta Khas PBB untuk memerangi sikap tidak bertoleransi agama, katanya.

"Rusia adalah penaja bersama draf resolusi," katanya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: