Perpaduan, keharmonian 'aset' tidak boleh dibeli: Exco NS

Choo Ken Hwa
Choo Ken Hwa
A
A
A

SEREMBAN - Perpaduan dan keharmonian masyarakat merupakan satu 'aset' negara yang tidak boleh dibeli dan dinilai dengan wang ringgit.

Exco Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan, Choo Ken Hwa berkata, setiap entiti masyarakat mempunyai tanggungjawab dan amanah yang besar dalam memastikan keamanan serta keselamatan masyarakat majmuk dapat dikekalkan.

Menurutnya, peranan dan tanggungjawab kerajaan, entiti masyarakat mahupun perseorangan perlu bersama-sama dalam memastikan kedaulatan dan kesejahteraan negara agar terus dipeliharakan.

"Semua pihak perlu lebih matang dan rasional apabila menerima berita sensasi berkaitan 3R (race, religion, royale ) terutama pemimpin masyarakat di setiap peringkat kepimpinan.

"Program-program yang berunsurkan perpaduan dan keharmonian masyarakat perlu dipertingkatkan lagi dengan melibatkan semua kaum supaya berlakunya interaksi di samping perhubungan erat di setiap lapisan masyarakat yang mencerminkan keadaan keharmonian dan muhibah yang sebenar," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak hampir RM500,000 untuk menggalakkan aktiviti yang berkaitan dengan memperkukuhkan perpaduan di Negeri Sembilan.

Selain itu katanya, dalam Belanjawan 2020, kerajaan negeri turut memperkenalkan inisiatif ERAT@NS yang memperuntukkan sebanyak RM500,000 lagi untuk merapatkan jurang antara entiti masyarakat supaya terus dapat melonjakkan lagi semangat perpaduan di Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan: