KDA FC lancar kempen ‘keep the hope alive’

Barisan pemain KDA FC menjalani latihan pra musim 2024-2025 di Stadium Sultan Abdul Halim pada malam Rabu. Foto KDA FC (Gambar kecil: Mohd Daud)
Barisan pemain KDA FC menjalani latihan pra musim 2024-2025 di Stadium Sultan Abdul Halim pada malam Rabu. Foto KDA FC (Gambar kecil: Mohd Daud)
A
A
A

KEDAH Darul Aman FC melaungkan semboyan untuk meraih sokongan daripada peminat dan penyokong dengan melancarkan kempen dengan slogan ‘keep the hope alive’.

Pemilik majoritinya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, usaha tersebut dilakukan bagi membantu kelangsungan kewangan kelab itu pada musim 2024-2025.

Menurutnya, kempen tersebut dilaungkan bagi meniup semangat kebangkitan bukan hanya dari prestasi kelab dan pasukan, tetapi mengajak semua peminat di luar sana untuk sama-sama membantu.

“Kempen ini bertujuan untuk menyeru semua pihak berkepentingan termasuk pihak industri bola sepak, pihak swasta, media dan terutamanya peminat dan penyokong untuk bersama-sama KDA FC dalam menyumbang secara langsung atau tidak langsung.

“Kempen ‘keep the hope alive’ meniup semangat kebangkitan bukan hanya dari prestasi kelab dan pasukan, tetapi mengajak semua peminat di luar sana untuk membantu apa sahaja yang termampu dalam memastikan harapan untuk terus bersaing dalam Liga Malaysia dapat diteruskan,” katanya yang dipetik melalui laman rasmi media sosial mereka pada Khamis.

Mohd Daud berkata lagi, peminat dan penyokong Sang Kenari boleh membantu kelab yang penuh tradisi bola sepak di negara ini dengan pembelian pra tempahan t-shirt edisi terhad iaitu bertemakan ‘keep the hope alive’.

Menurutnya, peminat yang membeli t-shirt ketika semboyan untuk sokongan ini dilaungkan, akan dimeterai nama mereka di dalam rekod kekal kelab, sebagai antara penyokong tegarnya.

“Saya menyeru kepada semua penyokong KDA FC untuk sama-sama menghidupkan cita-cita dan emosi lagu kita ‘Biar Jasa Jadi Kenangan’.

Artikel Berkaitan:

Kelab ini amat memerlukan anda ketika ini, kerana hanya kita yang dapat menentukan keadaan di rumah kita sendiri. Bangun dan pertahankan rumah anda sekarang,” ujar beliau lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!