MyTOWNKL lancar kempen All I Want For Christmas

Mohd Azhan (tengah) merasmikan kempen All I Want For Christmas pada Khamis.
Mohd Azhan (tengah) merasmikan kempen All I Want For Christmas pada Khamis.
A
A
A

PUSAT beli-belah MyTOWNKL melancarkan kempen All I Want For Christmas bagi memeriahkan kedatangan Hari Natal yang bakal disambut 25 Disember depan.

Pengurus Besar MyTOWNKL, Mohd Azhan Che Mat berkata, program tahunan tersebut merupakan komitmen pusat beli-belah itu meraikan hari istimewa itu dengan penuh keriangan.

Menurutnya, MyTOWNKL berkoloborasi dengan Plain Paper Lab dari Hong Kong yang merupakan sebuah pengendali IP ilustrator untuk mencipta Polly the Parrot yang merupakan maskot MyTOWNKL.

"Polly merupakan kesinambungan kepada watak animasi Sylbaek Hill mengenai budaya dan menekankan kehidupan harmoni.

"Setiap karakter mempunyai cerita tersendiri dan bergabung menerusi pengalaman berbeza. Polly turut memasukkan elemen magik dalam setiap pengembaraan pada Hari Krismas ini," katanya pada pelancaran pelancaran kempen All I Want for Christmas pada Khamis.

Kempen All I Want For Christmas sempena cuti perayaan tersebut menekankan aspek keriangan dan tawa ria dan mencipta memori yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja.
Kempen All I Want For Christmas sempena cuti perayaan tersebut menekankan aspek keriangan dan tawa ria dan mencipta memori yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja.

Mohd Azhan berkata, kempen sempena cuti perayaan tersebut menekankan aspek keriangan dan tawa ria dan mencipta memori yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja.

Beliau berkata, MyTOWNKL telah merangka beberapa aktiviti bermula 9 Disember hingga 25 Disember ini bagi menghangatkan lagi sambutan Krismas.

Artikel Berkaitan:

"Antaranya Bengkel Krismas daripada Spotlight pada Sabtu Ahad ini dan 16 Disember hingga 17 Disember bertempat di Notty Corner Level G jam 1 tengah hari.

"Turut diadakan Meet Santa & Grinch, The Celebration of Joy Parade, The Magical Snowfall Parade, Meet Polly, Singles Market dan Christmas Eve Countdown Celebration," katanya.

Kemeriahan Krismas di MyTOWNKL.
Kemeriahan Krismas di MyTOWNKL.

Selain itu katanya, pihaknya turut bekerjasama dengan penyewa, Urban Juicer untuk berkongsi pengalaman menggembirakan dengan memperkenalkan menu istimewa Krismas mereka iaitu blueberry bliss milkshake dan frosty berry milkshake yang eksklusif dan hanya boleh didapati di outlet MyTOWNKL

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan selamat datang kepada Sacoor One and Sacoor Blue, Baskin Robbins, Chagee dan Gula Petite by Gula Cakery yang membuka cawangan di MyTOWNKL sebelum 2023 menutup tirai.

Pada tahun hadapan katanya, lebih banyak jenama baharu akan menjadi sebahagian keluarga MyTOWNKL termasuk JD Sports, Coffee Bean&Tea Leaf, Baby Cami Sushi dan Famous Amos yang dijangka bakal membuka cawangan mereka di pusat beli-belah tersebut.

"Sokongan daripada penyewa kami menghasilkan suasana pusat beli-belah yang vibrant. Kami akan terus mara dan maju bersama pada tahun-tahun akan mendatang," katanya.