Kerja tak popular, tapi beri keceriaan kepada individu bekerja

Siti Aishah mengambil keputusan melakukan pekerjaan kurang digemari ramai, iaitu perkhidmatan melipat dan menggosok pakaian bagi menambah pendapatan keluarganya.
Siti Aishah mengambil keputusan melakukan pekerjaan kurang digemari ramai, iaitu perkhidmatan melipat dan menggosok pakaian bagi menambah pendapatan keluarganya.
A
A
A

JEMPOL - Seorang suri rumah mengambil keputusan melakukan pekerjaan kurang digemari ramai, iaitu perkhidmatan melipat dan menggosok pakaian bagi menambah pendapatan keluarganya.

Siti Aishah M Razali, 35, berkata,sama sekali tidak berasa malu sebaliknya keputusannya itu diyakini dapat memberi kelegaan dan kegembiraan kepada wanita yang bekerja.

"Perkara yang orang tidak gemar buat, itulah yang saya buat sebab ada sesetengah orang apabila menghadap pakaian bertimbun dan berbakul mereka berasa tertekan, tambahan apabila perlu mengurus lain-lain hal di rumah.

"...Tetapi macam saya dah belajar teknik lipat baju yang kemas,pantas menerusi pelbagai medium media sosial, apabila kita sudah biasa melakukannya secara tidak langsung dapat urus masa," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Taman Bahau pada Rabu.

Siti Aishah
Siti Aishah

Ditanya bagaimana tercetusnya idea untuk membuat perkhidmatan itu, katanya sebelum itu, dia sudah menjalankan pelbagai perniagaan namun semuanya separuh jalan susulan baginya letih dan waktunya agak terhad sekali gus menyebabkannya 'burn out'.

"Suami pula menyokong asalkan pakaian di rumah sendiri juga berlipat, anak-anak dan keluarga dapat diurus sebaiknya tanpa rasa tertekan maka saya mulakan perkhidmatan ini pada Jun 2022 sehingga kini.

Artikel Berkaitan:

Antara pakaian yang siap digosok.
Antara pakaian yang siap digosok.

"Semuanya dilakukan di rumah sahaja, sama ada pelanggan menghantar pakaian mereka di sini ataupun saya mengambilnya di sekitar Bahau, Batu Kikir dan Bandar Seri Jempol.

"Saya juga tidak sangka ada permintaan apabila boleh cecah 70 hingga 80 kilogram baju pelanggan hantar dalam sehari, kalau sebulan beratus kilogram juga pakaian dengan pendapatan antara RM1,000 hingga RM2,000 bergantung kepada kuantiti," katanya.

Siti Aishah kaedah lipatan poket kerana apabila pakaian ini jatuh ia tidak terbuka menyebabkan almari bersepah dan tidak kemas semasa mengambil pakaian.
Siti Aishah kaedah lipatan poket kerana apabila pakaian ini jatuh ia tidak terbuka menyebabkan almari bersepah dan tidak kemas semasa mengambil pakaian.

Ujarnya, memilih kaedah lipatan poket kerana apabila pakaian ini jatuh ia tidak terbuka menyebabkan almari bersepah dan tidak kemas semasa mengambil pakaian.

"Saya akan susun dan masukkan dalam plastik supaya ia lebih kemas dan memudahkan pelanggan untuk menyimpannya nanti," katanya yang mengenakan RM2 bagi setiap satu kilogram pakaian.

Katanya selain melipat dan menggosok pakaian, dia juga menyediakan perkhidmatan membasuh pakaian malah berpuas hati apabila pelanggannya suka susulan dapat memudahkan urusan mereka.

Antara pakaian yang telah dilipat kemas oleh Siti Aishah.
Antara pakaian yang telah dilipat kemas oleh Siti Aishah.

Selain melipat dan menggosok pakaian, dia juga menyediakan perkhidmatan membasuh pakaian malah berpuas hati apabila pelanggannya suka susulan dapat memudahkan urusan mereka.
Selain melipat dan menggosok pakaian, dia juga menyediakan perkhidmatan membasuh pakaian malah berpuas hati apabila pelanggannya suka susulan dapat memudahkan urusan mereka.

Siti Aishah,sama sekali tidak berasa malu sebaliknya keputusannya itu diyakini dapat memberi kelegaan dan kegembiraan kepada individu yang bekerja terutamanya wanita.
Siti Aishah,sama sekali tidak berasa malu sebaliknya keputusannya itu diyakini dapat memberi kelegaan dan kegembiraan kepada individu yang bekerja terutamanya wanita.