Polis bantuan KSAB maut kemalangan lima kenderaan

Mangsa yang maut dalam kemalangan berkenaan. (kiri), Tangkap layar daripada salah satu klip video yang tular
Mangsa yang maut dalam kemalangan berkenaan. (kiri), Tangkap layar daripada salah satu klip video yang tular
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang anggota polis bantuan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer (KM6.9) Lebuh Raya Linkedua arah Selatan, pada Rabu.

Menurut pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superitenden Ibrahim Mat Som, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 6.29 pagi di lokasi berkenaan.

“Kemalangan ini melibatkan lima kenderaan iaitu tiga motosikal, satu lori treler dan satu lori.

“Dalam kemalangan ini, seorang lelaki berusia 25 tahun maut, manakala dua lagi mangsa cedera ringan dan dua lagi mangsa tidak mengalami kecederaan.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Rabu, tular kejadian kemalangan berkenaan di laman sosial seorang individu yang dipercayai rakan kepada mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut.

Turut tular adalah foto dipercayai gambar mangsa kemalangan termasuk dua klip video berdurasi 12 saat dan 30 saat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: