Grup WhatsApp sekolah ganggu tugas harian ibu bapa

Penggunaan grup WhatsApp atau Telegram ini wujud ketika pandemik Covid-19. Gambar hiasan
Penggunaan grup WhatsApp atau Telegram ini wujud ketika pandemik Covid-19. Gambar hiasan
A
A
A

MINGGU ini, sudah tentu ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah sibuk apabila sesi baharu persekolahan bermula.

Lebih mencabar, sesi baharu ini jatuh pada awal Ramadan dan hampir dengan sambutan Aidilfitri.

Bagi mereka yang mempunyai ramai anak sudah tentu tidak menang tangan menguruskan kelengkapan sekolah, dalam masa sama keperluan menyambut bulan puasa dan hari raya.

Namun dalam kesibukan itu, Merak Jalanan terdengar rungutan sesetengah ibu bapa terhadap grup WhatsApp atau Telegram yang diwujudkan guru-guru.

Penggunaan grup WhatsApp atau Telegram ini wujud ketika pandemik Covid-19. Ketika semua sekolah melakukan pembelajaran di rumah.

Pun begitu, seorang kenalan Merak Jalanan mengadu memeriksa grup WhatsApp atau Telegram ini menjadi tugasan wajib setiap hari sehingga kerja hariannya terganggu.

Katanya, dia tidak menafikan kewujudan grup memudahkan penyampaian maklumat, misalnya perubahan waktu pulang sekolah pada bulan Ramadan. Malah membolehkan guru berkongsi pautan yang memerlukan perhatian ibu bapa.

Cuma, rakan Merak Jalanan ini kurang selesa kerana ada guru yang menjadikan grup berkenaan untuk urusan kerja-kerja sekolah anak. Misalnya, menghantar mesej meminta bawa kertas lukisan pada hari esok, kemudian hari berikutnya meminta bawa alat-alat pendidikan seni pula.

Artikel Berkaitan:

Sepatutnya, setiap tugasan sekolah cukuplah dihabiskan ketika sesi sekolah sahaja. Kalau ada pesanan untuk bawa apa-apa keperluan, beritahulah di sekolah dan bukan di grup.

Bukan apa, terlalu banyak mesej akan mengganggu tugas harian ibu bapa yang adakala sibuk dengan kerja.

Misalnya rakan Merak Jalanan itu, dia mempunyai tiga anak bersekolah rendah, setiap seorang mempunyai dua grup WhatsApp dan Telegram. Bermakna, ada enam grup sekolah yang perlu diperiksa setiap hari.

Benar, teknologi sepatutnya diwujudkan untuk memudahkan urusan, tapi jangan pula sampai ia menyusahkan diri sendiri dan orang lain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!