[VIDEO] Jual ikan selayang 70 sen sekilogram

A
A
A

GUA MUSANG - Seorang peniaga di sini berkongsi rezeki dengan menjual ikan selayang pada harga 70 sen sekilogram.

Zuhairi Hashim, 35, berkata, tindakan tersebut bertujuan membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan untuk menyambut Ramadan.

Zuhairi (kiri) melayan pelanggan yang datang ke kedainya yang terletak di bandar utama Gua Musang.
Zuhairi (kiri) melayan pelanggan yang datang ke kedainya yang terletak di bandar utama Gua Musang.

"Sebanyak 6,000 kilogram (kg) ikan selayang disediakan untuk dijual kepada orang ramai.

Orang ramai beratur panjang mendapatkan ikan selayang dengan harga 70 sen sekilogram.
Orang ramai beratur panjang mendapatkan ikan selayang dengan harga 70 sen sekilogram.

"Jika hari biasa saya tetap berkongsi rezeki dengan menjual ikan selayang pada harga RM3 sekilogram, lebih rendah dari harga pasaran," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Menurut beliau yang berasal dari Semerak, Pasir Puteh, selain selayang terdapat lebih 20 jenis ikan lain yang turut dijual di kedainya dengan harga bawah RM10 untuk setiap kilogram.

Orang ramai memenuhi kedai milik Zuhairi bagi mendapatkan ikan dengan harga murah.
Orang ramai memenuhi kedai milik Zuhairi bagi mendapatkan ikan dengan harga murah.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, ikan tersebut ialah tenggiri, selar, selar kuning, merah dan banyak lagi.

Zuhairi yang sudah 14 tahun menetap di Gua Musang memberitahu, jualan murah tersebut mendapat sambutan dalam kalangan penduduk setempat dan menyifatkan harga yang ditawarkan jauh lebih murah.

"Saya berharap lebih ramai peniaga akan turut sama berbuat demikian dimasa akan datang," katanya.

Zuhairi (tengah) bersama pekerjanya menunjukkan lebih 20 jenis ikan yang turut dijual di kedainya dengan harga bawah RM10 untuk setiap kilogram.
Zuhairi (tengah) bersama pekerjanya menunjukkan lebih 20 jenis ikan yang turut dijual di kedainya dengan harga bawah RM10 untuk setiap kilogram.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28