[VIDEO] Jamu laksa, laksam Terengganu sambut Ramadan

A
A
A

KUALA TERENGGANU - Ramadan kali ini disambut penuh meriah oleh warga Kampung Gong Baru di sini dengan menganjurkan jamuan makanan tradisional iaitu laksa dan laksam Terengganu pada petang Ahad.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gong Baru, Mohd Hanafiah Ismail berkata, program tersebut merupakan acara tahunan kampung itu setiap kali menjelang sambutan bulan Ramadan.

Sebahagian penduduk yang menghadiri program jom makan laksa dan laksam Terengganu di Rumah Komuniti Teratak Desa Gong Baru di Kuala Terengganu.
Sebahagian penduduk yang menghadiri program jom makan laksa dan laksam Terengganu di Rumah Komuniti Teratak Desa Gong Baru di Kuala Terengganu.

"Program ini diadakan saban tahu di mana menjelang Ramadan kita akan adakan program bacaan Yasin dan makan laksa serta laksam Terengganu.

"Program ini diadakan untuk menghargai warga Gong Baru di samping menghargai rakan-rakan strategik KRT Gong Baru yang setiap tahun memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti yang dianjurkan di kampung ini," katanya kepada Sinar Harian, di sini pada Isnin.

Antara juadah yang disediakan pada program jom makan laksa dan laksam Terengganu.
Antara juadah yang disediakan pada program jom makan laksa dan laksam Terengganu.

Menurutnya, program makan laksa dan laksam itu dihadiri sekitar 200 warga kampung berkenaan.

"Kita sediakan 25 kilogram laksa dan 100 batang laksam. Kuah dan ulam-ulaman pula dihasilkan oleh jiran wanita KRT Gong Baru secara gotong-royong bermula jam 11 pagi untuk dijamu jam 5 petang.

Artikel Berkaitan:

"Laksa kuah merah dan laksa kuah putih ini adalah juadah yang menjadi kegemaran penduduk setempat," ujarnya.

Menurut Mohd Hanafiah, KRT berkenaan akan mengadakan program kacau bubur lambuk pada 23 Mac depan.

"Program kacau bubur lambuk ini merupakan inisiatif daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Difahamkan setiap KRT perlu membuat satu kawah bubur lambuk untuk diagihkan kepada komuniti tempatan.

Program jom makan laksa dan laksam Terengganu merupakan acara tahunan menjelang Ramadan di Rumah Komuniti Teratak Desa Gong Baru, Kuala Terengganu.
Program jom makan laksa dan laksam Terengganu merupakan acara tahunan menjelang Ramadan di Rumah Komuniti Teratak Desa Gong Baru, Kuala Terengganu.

"Kita harap program itu akan menyuntik semangat kepada warga Gong Baru untuk bukan sahaja berpuasa malah turut memberikan kebajikan kepada warga kampung ini.

"Kita juga akan teruskan program-program seumpama ini pada masa akan datang," ujar beliau.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28