Sila log masuk terlebih dahulu.

Jamu laksa, laksam Terengganu sambut Ramadan

A
A
A

BERITA SEMASA 11 MAC 2024

Ramadan kali ini disambut penuh meriah oleh warga Kampung Gong Baru, Kuala Terengganu dengan menganjurkan jamuan makanan tradisional iaitu laksa dan laksam Terengganu pada petang Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gong Baru, Mohd Hanafiah Ismail berkata, program tersebut merupakan acara tahunan kampung itu setiap kali menjelang sambutan bulan Ramadan.

Program ini diadakan untuk menghargai warga Gong Baru di samping menghargai rakan-rakan strategik KRT Gong Baru yang setiap tahun memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti yang dianjurkan di kampung ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/653993/edisi/terengganu/jamu-laksa-laksam-terengganu-sambut-ramadan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #GongBaru #Laksa #Laksam #Ramadan #Terengganu