Malaysia-PBB tingkat kerjasama isu Palestin, Myanmar

Mohamad Alamin bersalaman dengan delegasi Khaled Khiari di Bangunan Parlimen pada Isnin.
Mohamad Alamin bersalaman dengan delegasi Khaled Khiari di Bangunan Parlimen pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin menerima kunjungan Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Khaled Khiari di bangunan Parlimen pada Isnin.

Menerusi kenyataan di Facebook, Mohamad Alamin berkata dalam pertemuan itu, pihaknya membincangkan kerjasama dalam operasi pengaman, tentang situasi yang sedang berlaku di Palestin dan Myanmar.

“Berkenaan Myanmar, perbincangan kami lebih menumpu kepada kemunduran dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara ASEAN (5PC).

“Malaysia akan menggunakan mekanisme Troika dan menekankan keperluan untuk penglibatan inklusif bagi menangani situasi di Myanmar,” katanya.

Pertemuan Mohamad Alamin (kiri) dan Khaled Khiari turut membincangkan berkenaan situasi Palestin dan Myanmar.
Pertemuan Mohamad Alamin (kiri) dan Khaled Khiari turut membincangkan berkenaan situasi Palestin dan Myanmar.

Ahli Parlimen Kimanis itu turut menyatakan komitmen Malaysia terhadap Agensi Bantuan dan Kerja PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dan terus komited untuk bekerjasama rapat dengan PBB dan seluruh masyarakat antarabangsa untuk mencari penyelesaian damai bagi Palestin.

Jelasnya, mengenai ASEAN-PBB, Malaysia turut bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam menangani cabaran kompleks keamaan dan keselamatan antarabangsa di rantau ini.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: