Ular sawa batik atas pokok rhu

Usaha menangkap dan menurunkan ular sawa batik dari atas pokok rhu setinggi 20 meter dilakukan di lokasi.
Usaha menangkap dan menurunkan ular sawa batik dari atas pokok rhu setinggi 20 meter dilakukan di lokasi.
A
A
A

KUALA NERUS - Pengunjung Taman Rekreasi Pantai Teluk Ketapang di sini terkejut apabila menemui seekor ular sawa batik sepanjang 3.5 meter di atas pokok di kawasan taman rekreasi berkenaan petang semalam.

Kehadiran reptilia sepanjang 3.5 meter yang dianggarkan berusia tiga tahun di atas pokok rhu setinggi 20 meter disedari pengunjung kira-kira jam 6.30 petang.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Terengganu, Mohd Roslan Zakaria berkata, bagaimanapun, pihaknya hanya menerima panggilan kira-kira jam 9.30 malam sebelum 10 anggota dari Balai Bomba Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dikerahkan ke lokasi.

"Kami dimaklumkan terdapat seekor ular berada di atas pokok di kawasan rekreasi tersebut.

"Disebabkan bimbang akan keselamatan orang awam ditambah pula pada pagi esok (hari ini) ada pasar pagi di kawasan berkenaan, jadi tindakan segera dilakukan untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di lokasi malam tadi.

Katanya lagi, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap dan menurunkan reptilia berbahaya ini.

Katanya, ular tersebut seterusnya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.

Dalam masa sama, Mohd Roslan menolak dakwaan reptilia berkenaan dibela kerana ia agak liar dan agresif sepanjang operasi tersebut.

Artikel Berkaitan: