SkyWorld terima anugerah Majikan Terbaik 2023

SkyWorld menerima anugerah Majikan Terbaik 2023 oleh Kincentric selain dinobatkan sebagai salah satu syarikat terbaik untuk bekerja di Malaysia.
SkyWorld menerima anugerah Majikan Terbaik 2023 oleh Kincentric selain dinobatkan sebagai salah satu syarikat terbaik untuk bekerja di Malaysia.
A
A
A

PEMAJU bandar SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) menerima anugerah Majikan Terbaik 2023 oleh Kincentric selain dinobatkan sebagai salah satu syarikat terbaik untuk bekerja di Malaysia.

Anugerah itu dinilai berdasarkan empat ciri utama iaitu budaya orientasi holistik, program latihan amalan terbaik industri, keistimewaan pekerja eksklusif, dan inisiatif dandanan penggantian.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Chee Seng berkata, pengiktirafan kali kelima itu mengukuhkan lagi reputasi Skyworld seiring dengan nilai teras yang dipegang oleh syarikat tersebut.

“Dinamakan sebagai syarikat terbaik Malaysia untuk bekerja buat kali kelima oleh Kincentric membuktikan lagi kejayaan nilai teras kami iaitu berani memimpin, berbincang dan selesaikan dalam operasi harian.

"Kami juga memegang teguh dengan pepatah ‘menjaga pekerja dan pekerja akan menjaga perniagaan'. Oleh itu saya ingin berkongsi anugerah ini dengan semua 'SkyRians' yang sentiasa menegakkan nilai teras dan menyokong inisiatif syarikat,"katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Chee Seng, di SkyWorld mempunyai budaya ‘on-boarding’ yang holistik, latihan amalan terbaik dalam industri serta program penglibatan pekerja yang inklusif.

"Kakitangan dapat merasai dan menikmati pelbagai faedah daripada sebarang acara, program atau produk sebelum ia dilancarkan kepada umum.

“Pada masa sama, syarikat juga sentiasa menghargai bakat sedia ada serta berkebolehan yang sudah pastinya bakal menyumbang kepada kejayaan syarikat dalam jangka masa panjang,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!