Mbappe gagal beri PSG impak di Paris

Goncalo meledak gol kedua PSG di Paris. - Foto: Agensi
Goncalo meledak gol kedua PSG di Paris. - Foto: Agensi
A
A
A

PENDAHULU Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain Germain (PSG) diikat 2-2 ketika bertemu Stade Reims di Stadium Parc des Princes pada Ahad selepas bos PSG, Luis Enrique memasukkan penjaring terbanyak Kylian Mbappe ketika permainan berbaki 20 minit terakhir.

Reims terlebih dahulu mengejutkan pasukan tuan rumah apabila Marshall Munetsi menyudahkan umpanan Oumar Diakite pada minit keenam.

Begitupun, PSG yang berstatus penyandang juara kemudian bangkit dengan dua gol dalam masa dua minit bermula dengan gol sendiri pemain pertahanan Reims, Yunis Abdelhamid hasil daripada sepakan sudut.

Goncalo Ramos kemudian menjadikan kedudukan 2-1 apabila Edoa gagal mengeluarkan bola dengan sempurna dari dalam kawasan pasukan pelawat.

Bagaimanapun, Reims menyamakan kedudukan apabila Diakite mengatasi perangkap ofsaid untuk menterjemahkan hantaran Emmanuel Agbadou bagi menewaskan Keylor Navas.

Mbappe yang menjaringkan 21 gol liga musim ini, melakukan beberapa percubaan ke arah pintu gol Reims, namun gagal menghadirkan impak kepada Yehvann Diouf untuk kedua-dua pasukan mengutip satu mata.

Keputusan di bumi Paris itu menyaksikan PSG melebarkan kedudukan teratas dengan mendahului 10 mata di belakang Brest yang mengutip 46 mata manakala Reims kekal di tempat kesembilan dengan 35 mata selepas mengharungi 25 perlawanan.

Artikel Berkaitan: