Mbappe minta gaji RM257 juta di Real

Mbappe.Foto EPA
Mbappe.Foto EPA
A
A
A

PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe tampak semakin menuju perpindahan ke Real Madrid dengan rata-rata penyokong mula teruja di ibu kota Sepanyol itu.

Kapten Perancis berusia 25 tahun itu memberitahu pegawai PSG bahawa dia berhasrat untuk meninggalkan pasukan pada musim panas selepas berakhir kontraknya.

Madrid berada di kedudukan paling atas untuk menandatangani Mbappe selepas beberapa 'lamaran' mereka sebelum ini ditolak oleh PSG.

Media Sepanyol melaporkan tawaran Madrid kepada Mbappe lebih rendah berbanding pada 2022 apabila dia memutuskan untuk memperbaharui kontrak PSG.

Laporan mengatakan bahawa Mbappe mahukan €50 juta (RM257.6 juta) semusim berserta bonus tandatangan €120 juta.

Angka tersebut adalah sedikit berbanding gaji yang diterima ketika bersama PSG apabila dia menerima gaji RM376 juta semusim.

Akhbar Sepanyol, Marca mendakwa Mbappe sudah memaklumkan pengurusan tertinggi PSG bahawa dia hanya mahu bermain untuk Real Madrid dan menambah bahawa dia memaklumkan gergasi Sepanyol itu mengenai keputusannya meninggalkan PSG pada Selasa.

Dengan jumlah dan impak fair play kewangan yang perlu diuruskan pihak kewangan Madrid, penyokong dan media tempatan mula mengimpikan apa yang mungkin berlaku.

Artikel Berkaitan:

"Pengiraan detik telah bermula.

“Tujuh tahun kemudian dan kedatangan Mbappe akan menjadi kenyataan mulai 1 Julai," tulis Marca.

Mbappe berpeluang menyertai Madrid dari Monaco pada 2017 tetapi sebaliknya memilih PSG.

Dia berkemungkinan bimbang kesukaran untuk menyingkirkan Cristiano Ronaldo, Gareth Bale atau Karim Benzema daripada bahagian serangan.

Kini dia boleh mengetuai barisan hadapan Real bersama Vinicius Junior dan Jude Bellingham.

“Itu akan menjadi sempurna.

“Dia pemain terbaik di dunia, itu tidak dapat dinafikan. Kami telah melihat dia bermain dan kami tahu apa yang dia boleh lakukan, dia seorang pemain yang hebat,” kata presiden persekutuan kelab peminat Real Madrid, Luis Caceres.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28